Tuesday 1 April 2014

CONTOH PENGHARGAAN

PENGHARGAAN
*Contoh

Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En.Nordin Bin Wan Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

CONTOH PENGHARGAAN 1

PENGHARGAAN
*Contoh

    Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek keusahawanan (SUK 1011) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini  saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Kamilah  Bt. Wan Idris ,selaku Pensyarah Usahawan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nor Kamilah  Bt. Wan Idris atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.


Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai  kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

CONTOH PENGHARGAAN 2

PENGHARGAAN
*Contoh

Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada;

Puan Erni Binti Azmee ,
Pensyarah Kekomputeran (TIV 1021) , di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya . Dimana beliau banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan .

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha . Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .

Sebelum saya mengundur kata , terimalah serangkap kata
Bak kata pepatah melayu
                                                                                
‘’ Lentur Buluh , Kerana Rebungnya ”

Monday 31 March 2014

CONTOH PENGHARGAAN 3

PENGHARGAAN
*Contoh

Bismillahirahmanirahim ,       

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Cik Faridah Bt. Mohamad kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.


Cik Faridah Bt. Mohamad pensyarah Pengajian Malaysia, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini .


Syukur Alhamudulillah,
dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.



Terima Kasih

*CONTOH PENGHARGAAN L.I

PENGHARGAAN
 *Contoh Latihan industri

Alhamdulillah,
bersyukurnya saya Kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan bagi menyiapkan tugasan laporan industri ini dengan dilaksanakan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi menyiapkan tugasan laporan L.I ini yang meliputi kerja-kerja harian semasa praktikal dimana telah dilaksanakan semasa menjalani latihan industri selama tempoh enam bulan. Setiap tugasan adalah dibawah pemerhatian Pengarah Urusan dan Penyelia yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerja dan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan.
InsyaAllah…….


Terima kasih juga diucapkan kepada penyelia, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam tempoh penyiapan laporan ini dilaksanakan.Terima kasih juga kepada Penyelia saya yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di kilang beliau selama tempoh enam bulan.