Monday 31 March 2014

CONTOH PENGHARGAAN 3

PENGHARGAAN
*Contoh

Bismillahirahmanirahim ,       

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Cik Faridah Bt. Mohamad kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.


Cik Faridah Bt. Mohamad pensyarah Pengajian Malaysia, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini .


Syukur Alhamudulillah,
dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.



Terima Kasih

*CONTOH PENGHARGAAN L.I

PENGHARGAAN
 *Contoh Latihan industri

Alhamdulillah,
bersyukurnya saya Kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan bagi menyiapkan tugasan laporan industri ini dengan dilaksanakan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi menyiapkan tugasan laporan L.I ini yang meliputi kerja-kerja harian semasa praktikal dimana telah dilaksanakan semasa menjalani latihan industri selama tempoh enam bulan. Setiap tugasan adalah dibawah pemerhatian Pengarah Urusan dan Penyelia yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerja dan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan.
InsyaAllah…….


Terima kasih juga diucapkan kepada penyelia, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam tempoh penyiapan laporan ini dilaksanakan.Terima kasih juga kepada Penyelia saya yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di kilang beliau selama tempoh enam bulan.